Friday, October 10, 2008

KERTAS KERJA BIG

KERTAS KERJA
KURSUS BINA INSAN GURU
KURSUS PERGURUAN LEPASAN IJAZAH,
INSTITUT PERGURUAN TUN HUSSEIN ONN





1.0 PENDAHULUAN


1.1 Kursus Bina Insan Guru adalah merupakan kursus pengajian wajib diikuti oleh semua guru pelatih di setiap institusi perguruan. Bagi memenuhi lagi matlamat kursus ini, Opsyen Pengajian Bahasa Melayu (Kumpulan 2) telah memilih untuk mengadakan satu aktiviti gotong-royong untuk membersihkan kawasan Taman Sains Pertanian.

2.0 TUJUAN

2.1 Memohon kebenaran daripada pihak pengurusan Jabatan Kemahiran Hidup (Sains Pertanian) bagi menjalankan satu program gotong-royong membersihkan sekitar kawasan Taman Sains Pertanian.

2.2 Melengkapkan matlamat Kursus Bina Insan Guru.

2.3 Melahirkan rasa cintakan alam sekitar.

2.4 Memupuk semangat bekerjasama disamping dapat mengeratkan perhubungan sesama ahli kumpulan.




3.0 TARIKH PERLAKSANAAN
Tarikh : 8 April 2008 (Selasa)
Masa : 8.00 pagi

4.0 BILANGAN PENYERTAAN

i. Guru Pelatih KPLI
(Opsyen Bahasa Melayu 2) 21 orang
ii. Pensyarah 2 orang
_______
23 orang

5.0 PENGELOLA

Penasihat : Puan Rabahyah binti Tahir
Pengerusi : Shahziani binti Mohd Sidek
Penolong Pengerusi : Shahrul Azmi bin Jumahat
Setiausaha : Siti Aisyah binti Mahfudz
Bendahari : Umi Kibti binti Mas’od
Unit Perhubungan : Syafared bin Mat Nor
Peralatan : Mohd Radzi bin Mohd Nawi
@ Ahmad
Jawatankuasa Makanan : i. Siti Zariah binti Saring
ii. Nor Axeishah binti Kamashah
Jawatankuasa Keselamatan : i. Noreen Arneza binti Bahanudin
ii. Noorhashikin binti Samian
Jawatankuasa Disiplin : i. Yusnita binti Mustapha
ii. Norliza binti Yaakob @ Min

6.0 TENTATIF PERLAKSANAAN
7.30 pagi Guru Pelatih berkumpul
7.45 pagi Perasmian oleh pensyarah pembimbing
Penyerahan peralatan gotong-royong kepada Ketua Opsyen
8.00 pagi Aktiviti gotong-royong bermula
11.30 pagi Jamuan
12.00 t/hari Bersurai

7.0 PENUTUP
7.1 Diharap kertas kerja ini diluluskan agar program gotong-royong ini dapat
dijalankan sebagai mana harapan kami adalah untuk melengkapkan
keperluan Kursus Bina Insan Guru.
7.2 Selain dapat membersihkan kawasan pilihan tersebut, diharap aktiviti
ini dapat berjalan dengan lancar dan memberi manfaat kepada semua.










Disediakan oleh:

…………………………………….
(SITI AISYAH BINTI MAHFUDZ)
Setiausaha
Program Khidmat Masyarakat
Kursus Perguruan Lepasan Ijazah,IPTHO

Tarikh : 3 April 2008



Disahkan oleh:



……………………………………………..

(SHAHZIANI BINTI MOHAMAD SIDEK)
Pengerusi
Program Khidmat Masyarakat
Kursus Perguruan Lepasan Ijazah,IPTHO

Tarikh : 3 April 2008



Disemak oleh:



……………………………………………
(PUAN RABAHYAH BINTI TAHIR)
Pensyarah Pembimbing
Program Khidmat Masyarakat
Institut Perguruan Tun Hussein Onn

Tarikh :

No comments: